Tuesday, July 2, 2013

Program TeenACE oleh Langit Ilahi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera hendaknya ya. Ketemu juga kita hari ini. Okay, hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya dan rakan-rakan di program TeenACE yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 29-30 Jun 2013 bertempat di Dewan Kristal, Menara TM di Kuala Lumpur.

Para peserta ketika di dalam dewan
Seriously dewannya memang cantik, Alhamdulillah. TeenACE tu nama singkatan bagi Teenage Award, Convention & Exhibition. Program ni dianjurkan oleh Langit Ilahi dan diarahkan oleh saudara Norman A. Saad. Banyak dugaan dan ujian bagi mereka dalam menjayakan program ni. Okay, nak mula cerita ni, sila get ready okay. Eh, dah ready belum ni? =.='

Ketika sesi pendaftaran
Dalam 7.00-8.30 pagi kelihatan sibuk dengan kehadiran peserta semua untuk mendaftar, termasuklah saya sekali (eh hello, saya peserta juga okay). Selesai proses pendaftaran, hadirin disajikan dengan persembahan pembukaan oleh saudara Azhar Hilmi. Sedap suaranya. HOHO. Kemudian ada ucapan alu-aluan sedikit dan seterusnya saudara Hilal Asyraf berikan ucaptama 'Remaja Harapan Ummah' which is sekejap je. haha.

Hilal Asyraf bersama puterinya.


Jam 11 pagi mulalah ceramah daripada saudara Amin Idris bertajuk 'Magnet Diri Remaja Luar Biasa'. Dalam ceramah ni ditekankan mengenai buat matlamat yang besar, jelas dan spesifik, jangan berputus asa jika gagal, mesti 'tahu apa yang kita mahu' dan 'mahu apa yang kita tahu'. Beliau juga ada mengingatkan satu ayat ni "Dare to Dream, and  Dream Big". Yeah, dream big sehingga orang memikirkan cita-cita kita tu agak gila, yesss, tu baru menunjukkan cita-cita dan impian tu cukup besar. Got it? Good..!!

Amin Idris bersemangat bercakap mengenai matlamat

Seterusnya Ustaz Hasrizal A. Jamil pula yang bertajuk 'Remaja Al-Kahfi Era Salafussoleh'. Ustaz ada mengatakan yang kita perlu menjadi 'DEGIL'? Eh, jangan salah faham. Maksud 'DEGIL' di sini adalah kita tidaklah mengikut 100% sesuatu perkara walaupun salah dan salurkan 'kedegilan' itu ke arah kebaikan. Selain tu, jangan beri alasan jika nak lakukan sesuatu kebaikan dan buat je, "Just Do it, No excuses!". Jangan ikutkan sangat pemikiran negatif kerana pemikiran negatif boleh merebak dan terus merebak. So, just do it.

Ustaz Hasrizal sedang berucap dalam tajuk pilihannya.

Pada petang itu pula, giliran forum 'Remaja Berjati Diri Peneraju Komuniti'. Haaaa, forum ni dihadiri oleh Aisyah Syakirah (moderator), dan 3 panelis iaitu Adibah Awang, Anwar Hadi dan IM Asyraf Ridzuan. Best sangat forum ni, banyak perkongsian yang diberikan oleh mereka. Actually, Adibah dan Anwar Hadi buat vlog-vlog tu pada mulanya hanya untuk melatih diri dalam mempertingkatkan bahasa Inggeris mereka, tapi sekarang tengok video dorang, fuhhhh macam expert je kan. Hihi. Mereka semua berkongsi cerita bagaimana mereka memulakan bidang masing-masing sehingga jadi seperti sekarang.

Aisyah, Adibah, Anwar Hadi, dan IM Asyraf

Pada malam TeenACE Awards, saudara Hilal Asyraf merasmikan 'Langit Ilahi Community'. Jom ramai-ramai kita join komuniti ni, sama-sama merapatkan ukhuwah antara kita. Pada malam ini, saudara Fatih Seferagic mengalunkan bacaan Surah Ar-Rahman, kemudian beliau memberikan pidatonya perihal serba sedikit mengenai dirinya serta Fatih menyanyikan lagu nasyid 'Ghuraba'. Sedap bacaan Alquran nya dan nyanyiannya. And you know what, he is seriously tall, okay dia tinggi sangat, kalah saya. (terasa kecil diriku ini). Hehe. Malam tu juga ada persembahan daripada Saudara Ameen Misran dalam bahasa Inggeris (macam rapper je dengar) dan nasyid daripada kumpulan Rabbani. Seronok, Alhamdulillah.

Ameen Misran dengan pidato bahasa Inggerisnya yang superb!

Fatih Seferagic sedang menceritakan kisah dirinya kepada para peserta.

Kumpulan nasyid Rabbani sedang membuat persembahan. Seronok je dapat tengok LIVE

Pagi esok nya, saudara Azhar Hilmi menyanyikan beberapa lagu, okay sedap whoaaa. Lepas tu, ada tayangan video daripada 'Mr The All Shared' mengenai Dakwah dan Tarbiyah, serius gempak sangat video nya. Jeles berputik di hati. 

 
ni video Man of Iron oleh MrTheAllShared

Kemudian bersambung degan ceramah daripada BroHamzah of LangitIlahi bertajuk 'Remaja Baiki Diri, Seru Insan!'. Beliau menunjukkan slide gambar-gambar artis dan ulama' Islam. (terasa kerdil diri ini sebab tak kenal sangat beberapa ulama'). 

BroHamzah sedang memberikan ceramahnya

Beliau berkongsi:

4 amalan jaga hati:
1) membaca Al-Quran                                        2) membaca al-Mathurat atau berzikir
3) mengerjakan Dhuha                                        4) Istighfar

Muslim Super:
1) Buang ego        2) Rendah diri         3) Mudah maafkan orang lain

Cara nak dakwah:
1) Manfaatkan kemahiran yang ada
2) Sertai badan-badan NGO dan seumpamanya
3) Baiki diri dan ajak orang lain

Ceramah seterusnya disampaikan oleh saudara Afdholul Rahman mengenai 'Remaja Bangkitlah Dari Lena!'. Pergggh, sungguh bersemangat ceramah yang diberikan. Macam-macam info diberikan dan saya ingat, beliau ada berkongsi 6 ways untuk mencapai matlamat.

Azhar Hilmi dan Afdholul Rahman

6 ways (untuk mencapai matlamat):
1) Look at it (tulis dan lihat matlamat kita)
2) Tell people (beritahu kawan supaya kita akan betul-betul mahu capai matlamat tu)
3) Break it up (pecahkan rekod, lakukan untuk capai matlamat)
4) Set a date (tetapkan tarikh bila kita nak matlamat kita berjaya)
5) Be realistic (matlamat tu biarlah logik dek akal)
6) Commit to yourself ( disiplin dan komited terhadap diri untuk capai matlamat)

Selain itu, 3 faktor perubahan:
1) Manhaj Rabbani (sistem yang dikehendaki oleh Allah SWT)
2) Biah solehah (suasana yang soleh)
3) Murabbi mithali (pembimbing yang memberikan contoh)

Selepas tu ceramah mengenai 'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang' yang disampaikan oleh saudara Zul Fikri Zamir daripada Teach for the Needs. Ceramah ni membincangkan mengenai sistem sekolah dan universiti, sistem pembelajaran negara kita khususnya. Selain tu, beliau bercakap supaya para pelajar lebih menghargai nilai ilmu itu.

En. Razali menyampaikan hujahnya

Akhir sekali, ada Resolusi TeenACE 2013. Waktu ni ada forum yang diwakili oleh Ameen Misran (moderator) dan 3 panelis iaitu Azhar Hilmi, Qawiem Khairi dan Uzair Izham

Sewaktu Resolusi TeenACE
Keseluruhannya, bagi saya program TeenACE ni sangat-sangat best dan bermanfaat. Rugi siapa yang tak pergi. Insya-Allah, harap-harap tahun depan ada lagi. hehe.


Nampak tak betapa serius nya muka saya? Lalala~
Ahli Mr The All Shared

Saya sempat bergambar dengan mereka. Alhamdulillah.

CREDIT GAMBAR: Hilal Asyraf, MrTheAllShared, Langit Ilahi dan kawan-kawan.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


2 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Aretikz said...

Program ini memang baik.. nak join. tp xkesampaian.. jauh di seberang borneo selain komitmen kerja.. barakah ilmu bagi mereka yang mengikutinya.. Tahniah! ^_^

Saif As-Solihin said...

Tak mengapa. Insya Allah, tahun depan mungkin akan diadakan lagi.