Tuesday, June 4, 2013

Kenangan Terindah MPPB


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Rindu saya ke? Oh, terharu giler. HAHA. Okay, bajet sangat nampaknya. Baiklah, lama saya tak menulis blog, sebab akhir-akhir ni saya sibuk dengan menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) di Kolej Matrikulasi Selangor Sesi 2013/2014. Hampir 10 hari juga la di sana. Pahit manis suka duka hilang suara semua tercipta ketika bertugas sebagai fasilitator untuk pengambilan pelajar baru sesi kali ni.

Pelajar yang pertama mendaftar di KMS

Sebelum MPPB tu, banyak persediaan yang kami para fasilitator perlu sediakan dan siapkan sebelum menjelangnya MPPB, terutamanya untuk Hari Pendaftaran Pelajar Baru pada Isnin, 27 Mei 2013 yang lalu. Seriously, memang ramai dan penuh KMS sehingga sesak jalan nak parking kenderaan dalam kolej tu, dengar ceritanya sesak sampai ke pekan Banting. Nampak tak betapa ramainya pelajar yang daftar masuk. Kami fasilitator tak menang tangan nak uruskan hari pendaftaran tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Sewaktu Hari Pendaftaran pelajar baru untuk sesi 2013/2014

Lepas tu, hari kedua sehingga hari kelima berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar walaupun penat sangat dengan tidak cukup tidurnya, dengan panas teriknya, almaklumlah, KMS terkenal dengan panas. KMS kan HOT. Dan harap semua junior seronok ya, kami memang tak nak ragging pun adik-adik junior untuk kali ni. Kalau ada sikit-sikit yang terjadi tu, ada hikmahnya.

Majlis Bersama Pengarah & Perlantikan Mentor

Gambar di bawah ni sewaktu bersama mentor mereka mengikut LDK (Latihan Dalam Kumpulan) masing-masing.



Apabila majlis penutupan MPPB pada hari kelima (31 mei) tu, seronok dan sebak juga la bila menyanyikan lagu Kenangan Terindah dan Gemuruh di pentas Antares tu. Memang semuanya menjadi kenangan yang terindah buatku dan rakan-rakan fasilitator. Rindu kamu semua sangat-sangat, rindu nak bertugas bersama-sama lagi.

Ketika solat lima waktu dan forum

Salah satu niatku sertai fasilitator MPPB untuk mengubat rinduku terhadap kehidupan di KMS, namun bila tamat tugas kami sebagai fasilitator, lagi bertambah rindu rupanya, terutama fasilitator. Moga kita dapat bersama-sama lagi selepas ni, Insya Allah. Rindu kalian semua bila dengar lagu 'Kenangan Terindah'.

Di bawah ni pula beberapa gambar rakan fasilitator yang lain. Yang tak ada, nasib la ya, cheq tak ada gambar hangpa semua.






Rindu sangat dengan Kumpulan AJK Dokumentasi. Seronok gelak tawa tak kering gusi bersama kawan-kawan fasilitator serta pensyarah. Terima kasih madam, sir sebab beri makanan percuma kepada kami. HEHE.

Siapa yang tak ada, nasib ler.
 Inilah kami semua fasilitator untuk MPPB Kolej Matrikulasi Selangor Sesi kali ni. Rindu semua, dah macam family dah. Harap selepas ini dapat jumpa dengan mereka semua lagi.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


2 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Shazwani Ramly said...

seronok kan jd fasi?? heee. aku pn penah jd masa sesi alang masuk. kenangan sgt wehhh. rugi lah sape tak jadi. akan merindui KMS selamanya :) btw, pelajar pertama dftar tu anak puan siti asiah eh?? haha. ohhh and sir shahir pun ade. LOL.
sesi kali ni fasi mcm makin ramai dari sebelum sesi alang. hiks. congrats sbb berjaya mnjalankn tggungjwb sbgai fasi :) congrats epul.

eimah siti said...

rindu masa matrik dulu...huhu....btw, sy from matrik penang..=)