Thursday, May 2, 2013

Informasi Mengenai Kolej Matrikulasi Selangor (Part 1)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat pagi, tengah hari, petang dan malam. Lama nampaknya kita tak bersua. Maklumlah, saya baru habis peperiksaan. Sekarang dah bebas. Sementara sedang relax tak berbuat apa-apa, saya saja mengisi masa lapang di facebook. Nampaknya ramai pelajar lepasan SPM yang sibuk bertanya mengenai matrikulasi. Tapi yang saya dapat bantu jika anda nak sambung belajar di Kolej Matrikulasi Selangor je la. Mengenai kolej lain, saya minta maaf kerana saya tak tahu dan tak dapat nak membantu. Mungkin ada yang sama, mungkin ada yang tidak dalam sistem antara kolej nya.

Pedulikan je laki tu. hensem sangat, macam tu lah. (okay bergurau)


Baiklah, tanpa membuang masa, saya nak ceritakan mengenai Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) yang saya sayangi ni. HAHA. -_____-'  Okay la, dalam KMS ni, ada dua jenis kursus sahaja, iaitu kursus Sains dan Akaun.


Bagi kursus Sains:
Modul I (Subjek teras : Kimia, Fizik, Biologi, Matematik)
Modul II (Subjek teras : Kimia, Fizik, Sains Komputer, Matematik) 
Modul III (Subjek teras : Kimia, Biologi, Sains Komputer, Matematik)
Dan bagi kursus akaun:
Perakaunan (Subjek teras Ekonomi, Perakaunan. Pengurusan Perniagaan dan Matematik)
dan subjek tambahan ialah Kemahiran Dinamika, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Kokurikulum

Bagi kursus Sains, ada Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). PST dan PDT ada sedikit perbezaan nya.

Program Satu Tahun (PST)
1) Belajar sekejap je, setahun je, lepas tu anda akan sambung ke degree, Insya Allah.
2) Anda akan bertungkus lumus untuk setahun dengan jadual yang sedikit padat.
3) Belajar laju, good time management boleh dikatakan diperlukan.
4) Soalan exam lebih mudah sedikit berbanding PDT.

Program Dua Tahun (PDT)
1) Belajar lama sedikit, dua tahun, jadi anda akan belajar dengan lebih tenang dan santai.
2) Soalan exam a little bit harder than PST (belajar lama kan, so sepatutnya pemahaman dah bagus).

Akaun
Tak pasti sangat, tapi ada dengar-dengar Ekonomi sepertinya agak sukar sedikit. Tapi rasanya akaun okay.
(Maaf la, akaun tak dapat nak bantu sangat, sebab saya kursus Sains PDT).

Hostel (asrama)
Asrama Capella (lelaki)
Asrama Canopus (lelaki)
Okay, enough for that. Let's go for the hostel pulak. Dekat hostel, pelajar akan diberikan tinggal di dalam bilik. Ingat okay, bukan DORM tapi BILIK. Haha. Satu bilik untuk 4 orang pelajar. Setiap pelajar dalam satu bilik tu akan disediakan 1 katil, 1 locker, 1 meja, dan 1 kerusi. Jangan risau, bilik cukup besar. Di luar bilik disediakan tempat rak kasut. Untuk setiap aras (tingkat), ada disediakan bilik basuh, bilik untuk iron baju, tandas, dan mesin basuh. Tapi nak diingatkan, JANGAN bawa vacuum, tv, peti ais, periuk nasi, even iron baju tu pun. Sebab silap-silap hari bulan, blackout la blok tu nanti. Di tingkat bawah setiap blok ada bilik tv, bilik belajar, bilik sakit, bilik komputer dan bilik riadah.

Pakaian
Pakaian pula, dilarang untuk membawa seluar jeans, baik lelaki mahupun perempuan. Bagi lelaki, bawalah baju kemeja lengan panjang, siap dengan tie, seluar slack (sebagai pakaian formal). Baju-baju t-shirt biasa, seluar sukan tu semua boleh dibawa. Setiap hari Jumaat, pelajar lelaki digalakkan juga untuk berpakaian sepasang baju melayu, bersampin, bersongkok, boleh nampak segak juga. Bagi pelajar perempuan pula, mostly anda perlu memakai baju kurung (sebagai pakaian formal) terutama pelajar Muslim, untuk bertudung dan menjaga aurat. Yang for non-muslim perempuan, boleh memakai baju kemeja untuk ke kelas, as long as anda tak memakai pakaian yang seksi, ketat dan menjolok mata. Apabila ada majlis rasmi, pelajar perlu berpakaian formal seperti ke kuliah. Kasut bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah kasut bertutup berwarna hitam.

Bilik lelaki. (bahagian untuk setiap seorang, maaf locker tak nampak) hehe.

Outing/Balik bermalam
Okay, hujung minggu pelajar dibenarkan untuk outing atau balik bermalam. Tetapi jika ada sebarang majlis atau program pada hujung minggu, kebiasaannya pelajar tidak dibenarkan pulang. Pakaian outing bagi lelaki adalah smart casual (baju berkolar dan berkasut). Bagi perempuan pula berbaju kurung. Anda boleh outing ke Jusco Bukit Tinggi, ke pekan Banting, ke pantai Morib, atau ke pantai Kelanang. Tempat-tempat lain, boleh survey sendiri nanti bila outing dengan kawan-kawan.

Pembelajaran

Dewan kuliah kecil
Anda akan mulakan kelas kuliah, tutorial dan praktikal seawal 8 pagi dan mungkin habis pada 3 petang, 4 petang, atau 5 petang atau sebaliknya, bergantung kepada jadual kelas anda. Di sini kelas dipanggil sebagai praktikum. Pakaian ke kuliah, tutorial dan praktikal adalah pakaian formal ya. Tak tahu apa semua tu? Masuk sendiri, faham sendiri. Dewan kuliah dan library sejuk beraircond, jadi sediakan sweater. Dewan kuliah ada dua jenis iaitu Dewan Kuliah Besar (DKB) dan Dewan Kuliah Kecil (DKK).


Bilik tutoran. Banyak kan...? Hehe.
Inilah bilik tutoran bila dah masuk tengok. Simple je kan?

Laptop/gajet
Pelajar digalakkan untuk membawa laptop untuk urusan pembelajaran, tugasan assignment, lebih-lebih lagi bagi pelajar Modul 2 dan 3 yang mengambil subjek sains komputer. Selain tu, boleh la kot nak hilangkan stress tengok movie waktu hujung minggu, nak main game. Tapi jangan selalu la ya, nanti tak jalan kerja lain. Haha. Tapi elakkan la bawa terlampau banyak gajet, yang perlu sahaja. Bukan apa, takut kalau jadi kes curi, merana je nanti. Barang-barang sendiri, tanggungjawab sendiri.

Panas
Ini Dewan Antares.

Well, nak bagi tahu awal-awal yang KMS ni memang terkenal dengan kepanasannya. Terutamanya bila masuk ramai-ramai dalam Dewan Antares. Fuhhh, gua cakap sama lu, masuk dalam tu lagi-lagi bila beramai-ramai, boleh jadi sauna tu untuk kurangkan lemak. HAHA. (melampau betul cerita aku). -____-' Tapi panas ni kuasa Allah kan, terima je la. Tak tahan, bawa kipas sekali letak dekat bilik. Habis cerita. Tak perlu la nak mencarut segala bagai., tambah dosa je nanti. Kalau dekat dewan ni, banyakkan bersabar kay.

Okay, bersambung ke Part 2.

Tekan untuk ke part 2 [ SINI ]


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


29 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Hana Dania said...

Assalamualaikum.. Nak tanye, modul utk kursus sains tu mmg bagi masa pendaftaran atau kite yg pilih? Boleh tukar tak?

Saif As-Solihin said...

Waalaikumussalam.
pihak kolej akan tetapkan waktu pendaftaran nanti. Tapi nanti nak tukar, boleh je. Selalunya selepas selesai MPPB, dah blh tukar. Tak pun, stay alert dengan arahan pihak kolej bila boleh tukar. jgn risau k.

Adilla Ariffin said...

bestnye bilik korang ade rak buku..blik hstel KMPP..bleh jee..ahha

Saif As-Solihin said...

yeah... ada rak buku... eh, KMPP xde ke...?

Anonymous said...

Salam.. Tentang kasut... Kalau pakai warna lain boleh ke?? Warna ikut baju??? Tapi bertutup la..terima kasih...

Hana Dania said...

oh thanks balas.. erm nk tanye lagi.. gambar utk kad matrik tu kne buat softcopy dulu ke atau mase pendaftaran ade sesi fotografi?

Saif As-Solihin said...

Anonymous: wassalam. kasut kena pakai kasut warna hitam.

Saif As-Solihin said...

Hana Dania : gambar utk kad matrik nnti ada sesi fotografi. datang2 je nanti dorang terus ambil gambar. Dan sadly, might be korang tak suka dengan gambar dekat kad matrik tu. HAHAHA.

Hana Dania said...

yeke.. kalau bawak gambar sendiri yg dh siap softcopy x leh?

Anonymous said...

tukar dr pdt ke pst boleh tak?

Saif As-Solihin said...

Hana Dania: owhh... tak tahu.. mmg selalunya dorg guna terus gambar yg ambil waktu tu je.. so, pakai cantik2 la ye..

Saif As-Solihin said...

anonymous: owhh.. tak blh.. kalau dri pst je blh tukar ke pdt... atau pun dri pst ke akaun..

yg pasti akaun x blh ke sains..

Anonymous said...

Kat KMS ad kelas malam ta? Kalau ad kna pkai bju apa? Formal or casual?

Anonymous said...

salam.nak tanya bila time g kelas bole x pkai baju kemeja yang bercorak?

Anonymous said...

Boleh bawak kipas ke ? akan dirampas ke tak ?

Saif As-Solihin said...

anonymous 1: ada tu bergantung kepada lecturer kalau mereka nak adakan kelas malam. Pakaian selalunya x formal pun, baju biasa je.. kalau siang je formal.

Saif As-Solihin said...

anonymous 2: wassalam. baju SEPATUTNYA plain xde corak. kalau ada, sikit2 je la cm tu, xde la berkotak, bulat2, bunga2 segala bagai tu.. nanti kena bising dengan pihak atasan pulak.

Saif As-Solihin said...

anonymous 3: boleh bawak kipas, tapi yg kecil je dan tak menggunakan voltan yg tinggi.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanya. Kalau subjek bio dan fizik D. Boleh diterima ke masuk matrik.

Saif As-Solihin said...

boleh je. Tapi berkemungkinan kamu akan masuk untuk Program Dua Tahun la.

an0nym0us241 said...

Salam, saya dpt B+ addmath, bio. B chem & C+ utk physics. Eng & math A. Layak tak msuk matriks program setahun? & tau tak agk2 keputusan matriks keluar bila? Thanks (;

Anonymous said...

salam ,sy nk tnya pasal bj
kolej kms,sy ni budak yang
berbadan besar.saiz bj saya
xxxl..agak2nya ada tak saiz bju
kolej kms utk sy..please reply.l
need ur help..sy akn daftar 26.5
nie

Anonymous said...

Assalamualaikum .. nanti di kms beratus-ratus org kn .. nanti akan dibahagikan kelas ke ? setiap kelas ade berapa org ?

hazman ismail said...

assalamualaikum.. nanti di kms kan beratus-ratus org kn.. nanti akn dibahagi-bahagikan kelas ke ? setiap kelas berape org ??

Anonymous said...

Nak masok :'( rayuan tu rasa rasa dapat tak?

Nur Cahaya Nurliyana said...

thanks for the information. sangat membantu. bolehlah buat persediaan awal. lagi beberapa minggu je nak masuk ni. even ramai yang me 'negatif' kan matrik , tapi we need to trust ourself kan ?? :D hehe , thanks again :)

Anonymous said...

Salam . Sy nk tumpang tnye . Sekarang ni kan ade sistem daftar online . So nk daftar melalui sistem tu or daftar masa hari pendaftaran ?

@FNC ' AD said...

okayy first of all . assalammualaikum wbt :) hm . 1 = dekat KMS memang tak dibenarkan bawak barang2 elektrik ya? 2 = pasal laptop/gadjet memang dibenarkan bawak lah ehh? 3 = pasal kasut , means setiap kuliah/tutorial/praktikal kena pakai kasut hitam y bertutup?? mcm i perempuan, pakai kasut sarung boleh ?

Fazrul Amer said...

Sbilik brape org