Thursday, May 2, 2013

Informasi Mengenai Kolej Matrikulasi Selangor (Part 2)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera ya. Okay, saya nak sambung mengenai Kolej Matrikulasi Selangor. Jom sambung....

Mengenai cara belajar
Mengenai pengajian dan pembelajaran di sini, mostly ramai yang bertanya "Dekat matrik susah tak?", "Takutlah nak masuk matrik, orang cakap matrik belajar laju, matrik belajar susah". Okay la, sebelum apa-apa saya nak cakap, kalau diikutkan belajar tu sendiri memang susah dan bukan semua orang suka. Tapi sebab ianya ilmu, jadi kita kena cari, kita kena belajar.

Nak bagitahu, dekat sini, pengurusan masa penting ya. Nak kena fahamkan apa yang dah dipelajari, nak siapkan tutorial, nak kena siapkan buku jotter, nak kena siapkan lab report, nak kena siapkan assignment. Nampak macam banyak je kan, tapi Insya Allah anda boleh je siapkan nanti, yang penting kena rajin sikit la. Tak rajin, satu kerja pun tak siap.

Nak inform dekat anda semua, matematik macam belajar addmath. No more objective question for maths and also for computer science. Tetapi untuk biologi, fizik dan kimia, ada paper 1 untuk objektif dan paper 2 untuk struktur dan esei. Apa yang pelajar belajar di matrik, semakin mendalam daripada yang anda belajar ketika SPM dahulu. Jadi, try-try la untuk refresh-kan kembali apa yang anda belajar ketika SPM dahulu supaya senang untuk fahamkan dan kaitkan ketika belajar nanti.

Kemudahan
Ini Astaka.
Di KMS ni terdapat kemudahan seperti astaka (padang Utama), bilik gimnasium, bilik untuk menari, bilik jamming, dewan Antares (juga sebagai gelanggang badminton), gelanggang skuasy, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar, padang untuk bola jaring dan bola keranjang, padang untuk bola sepak dan sebagainya. Di sini juga disediakan kemudahan untuk beriadah menggunakan basikal.

Kemudahan basikal. Berwarna warni kan? Nasib ler.
Tempat untuk main skuasy
Rak untuk letak beg di library
Di sini ada 'mesin gedegang' yang mesin air tin tu. Kemudahan library disediakan untuk pelajar mengulangkaji di situ. Kemudahan makmal komputer dan makmal bahasa turut ada untuk sesi pembelajaran sains komputer dan Bahasa Inggeris di sini.

Bangunan perpustakaan (library)
Cafe Orion (lelaki)

Di sini juga terdapat kemudahan kafe iaitu kafe Orion (lelaki), kafe Carina dan kafe Lyra (perempuan). Pada waktu siang, ketiga-tiga kafe ini boleh digunakan oleh mana-mana pelajar, tetapi selepas pukul 7 malam, pelajar lelaki di larang untuk ke kafe perempuan dan sebaliknya juga bagi pelajar perempuan.

Kedai buku
Ini Surau As-sufi
Di sini juga ada kemudahan koperasi untuk pelajar membeli makanan, barang-barang bilik, alat tulis, dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai keperluan. Pelajar juga disediakan kemudahan surau di sini iaitu Surau As-sufi. Kebanyakan aktiviti kadang diadakan di surau terutamanya bagi pelajar Muslim. Tapi nak habaq mai la yang surau di sini cantik dan besar ya, dah macam masjid dah pun, cuma nama je surau. Hehe.

Mesin ATM
Di sini ada kemudahan wifi tetapi terhad untuk beberapa tempat sahaja seperti di dewan kuliah, library, surau dan juga cubicle (tempat pensyarah). Di KMS juga ada kemudahan mesin ATM ada dua mesin. Satu di pintu masuk kolej dan satu lagi di koperasi. Di belakang koperasi ada pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), senang cerita disitulah Pusat Pelajar.


Nanti pelajar akan diberikan baju kolej (baju sukan), tie kolej (untuk lelaki), tudung kolej (untuk perempuan), lab coat (pelajar sains), kad matrik (kad pelajar), kunci bilik (di asrama nanti) apabila pelajar mula masuk mendaftar di KMS.

Pesanan dari saya
Rokok dan arak diharamkan untuk dibawa masuk ke kawasan kolej, apatah lagi nak hisap. Gaduh pun tak boleh. Kalau pihak kolej dapat bukti pelajar merokok, minum arak, bergaduh, pelajar tu boleh kena Akta 174. Kalau kena akta ni, akan dibuang dari kolej dan susah nak sambung belajar di IPTA. Jadi, sebelum apa-apa, saya nak beritahu awal, jauhilah benda-benda ni ya.

Pejabat HEP di Pusat Pelajar

Persoalan mengenai kursus untuk sambung degree
Ramai bertanya, kalau belajar di matrik, nanti susah nak dapat course yang kita nak untuk sambung degree. Well, kalau course yang macam biasa-biasa, Insya Allah boleh dapat dengan result yang gempak. Tapi kalau critical course tu, memang kritikal jugak la nak dapat even result gempak sangat. Bukan apa, sebab ramai sangat yang pandai-pandai, walhal tempat untuk critical course tu tak la banyak sangat. Course lain, Insya Allah boleh dapat, asalkan anda tak memilih sangat universiti tu. Yang penting course tu, bukan universiti semata. Tapi kalau dapat course yang kita nak dan top universiti, tu rezeki yang Allah beri.

Persatuan/kelab

Okay, dekat sini, pelajar sendiri yang perlu membuat kertas kerja untuk membentuk persatuan atau kelab sendiri. Ingat, markah koko tu. Dekat KMS, ada persatuan untuk muslimin dan muslimat digalakkan join iaitu As-Saff (Sahabat As-Sufi). Bagus persatuan ni, persatuan Islam, nanti kalau masuk daftar di KMS, join la persatuan ni, tak rugi pun, malah boleh saling membantu dan saling mengingati ke arah yang lebih baik, Insya Allah. Mari ramai-ramai join persatuan sebegini ya. 


Kesimpulan
Akhir kata, selamat belajar di KMS ini bagi mereka yang memilih dan mendapat tawaran di sini. KMS seronok, you guys akan merindui KMS ni nanti apabila you guys keluar nanti. SERIOUSLY, sebab kami dah alaminya sendiri. Okay, itu sahaja untuk kali ini. Stay healthy and happy yaww. :)

 tekan untuk ke part 1 [ SINI


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


31 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Adilla Ariffin said...

best nye tmpat KMS ..power laa..saye xstndnt KMPP..trjah blog stndnt mtrik,,haha daa ..wasalam

Saif As-Solihin said...

Adilla: yup.. Mungkin sebab KMS ni masih baru. Jadi, nampak cool. Saya bersyukur sangat dapat belajar di KMS.

Hayati Nordin said...

yeahhh , KMS memang best , rindu KMS :')

Saif As-Solihin said...

eh, ex-KMS ke hayati...?

Anonymous said...

salam. nak tanya, coverage wifi ok ke yer kalau dekat asrama tu?

Saif As-Solihin said...

anonymous: honestly and sadly, takde wifi pun dekat hostel. certain tempat je ada mcm surau, library, cubicle dan lecture hall.

M Hermonie said...

Dpat KMS.. tq sgt2 4 da info.. sgt membantu..hehe

Saif As-Solihin said...

hermonie: welcome.. :D

alham ali said...

alhamdulillah . saya bakal pelajar KMS yang akan mula mendaftar pada 27 mei 2013 , dgn info yang diberikan saya berasa tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai warga KMS

Anonymous said...

Slm sy nk tny klau kte dpt offer ipt lain n nk kluar mtrx boleh x kte tuntut yrn y da d byr?satu lg boleh x klau kte bt pnangguhn byrn yrn?

Anonymous said...

kalau saya masuk sesi 2013/2014 , saya batch ke berapa ?

syifa zuki said...

TMPANG TNYA,,MODUL KTA BLEH PLIH SNDRI KA??SY DPT KURSUS SAINS..

syifa zuki said...

MODUL BLEH PLIH SNDRY KA??

Saif As-Solihin said...

alham ali : owhh.. selamat datang n selamat belajar di KMS. :)

Saif As-Solihin said...

anonymous: owhh.. tak blh dah tuntut bayaran yuran dah.. dan kena bayar yuran sebelum masuk kolej..

Saif As-Solihin said...

anonymous 2: batch ke-4..

Anonymous said...

Thank you for the informations.saya dapat kms.ermm..malam malam boleh study kat library dak?

Saif As-Solihin said...

syifa zuki: oh.. tahniah dpt kursus sains. modul nanti pihak kolej akan berikan terlebih dahulu ketika daftar. Nanti pihak kolej akan umumkan bila boleh tukar modul. Jangan risau, Insya Allah boleh tukar, tapi kena alert okay bila boleh berbuat demikian.

Saif As-Solihin said...

anonymous: owhh.. malam2.. boleh je, dialu-alukan pun study library...

Anonymous said...

dekat matrik ni ada gelanggang tenis tak?

Saif As-Solihin said...

owhh ada je gelanggang tenis dekat situ.. ada 3-4 gelanggang.

oh oh mario said...

saya pun ex-kms batch 2011/2012. angah korg la kiranya.hehe. Alhamdulillah skg dh bjaya lanjutkan pelajaran dlm ijazah Farmasi UKM. rindu dgn knangan kt KMS dulu. wktu tu bru knal hidup bdikari,bkawan dan buat smua sndiri. inshaAllah x susah pun matrik ni, janji usaha sikit je. betul, usaha sikit je :)
kenangan indah kt KMS tu lebih dari kesusahan yg dialami.

oh oh mario said...

saya pun ex-kms batch 2011/2012. angah korg la kiranya.hehe. Alhamdulillah skg dh bjaya lanjutkan pelajaran dlm ijazah Farmasi UKM. rindu dgn knangan kt KMS dulu. wktu tu bru knal hidup bdikari,bkawan dan buat smua sndiri. inshaAllah x susah pun matrik ni, janji usaha sikit je. betul, usaha sikit je :)
kenangan indah kt KMS tu lebih dari kesusahan yg dialami.

nad said...

Huhuhu . Matrik nie ala2 boarding school lar . Hehe . Waaa . Da boring lar duk boarding school . Huhu . Nk nangis larrr cenggini .

Saif As-Solihin said...

sekejap je pun. Dan seronok. Mostly kami semua rindukan zaman di matrik dulu compare bila dah masuk universiti ni. serius.

Anonymous said...

Saif sekarang sambung degree kat mana & amik course apa ye? If dpt matrik PDT boleh ke amik degree medic lps matrik?...tq =)

FizaZul said...

saia dapat matrik selangor. hoho lps bce ni rse excited pulak nk msk kms. haha

Anonymous said...

Boleh tolong sy tak???? Nak masokkkkk

Anonymous said...

ade x kwn2 bro yg hisap rokok????hahahaha

Anonymous said...

tq..byk info berguna. makcik dulu matrik thn 1987 (dh tua...hahah). ni anak lak dpt KMS..mmg lain sgt dgn zaman makcik dulu sal kitorg tumpang skolah berasrama.

pepun, makcik doakan anak2 semua berjaya & gembira :)

Anonymous said...

saya batch acik! batch 2013/2015..
but sadly... batch 2014/2015 agak lain dari yang lain... Sebab dorg masih tak faham dgn peraturan2 kat KMS.. hurmm btw senior year mmg havoc!!