Saturday, March 30, 2013

Pengalaman Membedah Tikus


Assalamualaikum semua. Kabare, kabare semua. Apa khabar? Harap semua sihat dan selamat di samping keluarga yang tersayang. Hari ni saya tak mahu bercakap panjang sangat. Hari ni saya saja mahu berkongsi cerita saya, nak lebih sedap cerita, mengenai pengalaman saya di matrik ni. Pengalaman membedah tikus pada beberapa hari yang lepas.

Mesti ada yang di luar sana rasa geli-geleman bila dengar mengenai tikus. Nanti entah-entah ada yang kata "Tikus?? geli la weh, tak ada haiwan lain ke yang kau nak bedah, kenapa tikus, kenapa bukan penyu ke, gajah ke?". Dah kalau penyu atau gajah, pupus terus la gajah dan penyu tu nanti. (*ayat ni tak wujud pun, saja nak sedapkan cerita sebenarnya. hehe.)

Nanti ada juga yang sibuk berkata "kejam dowh kau pergi bedah tikus, tak sayang haiwan ke?". Saya bedah pun untuk belajar, untuk buat kajian. Bukan sengaja-sengaja, lagi pun saya akur saja dengan syllabus Biologi ni. Memang secara umumnya, memang agak kejam. Tapi demi sains, tikus-tikus tu telah berkhidmat untuk saya, mereka dah korbankan nyawa demi pembelajaran saya. Terima kasih wahai tikus. (*yang ni pun nak sedapkan cerita dan sedapkan hati je.)

Inilah hasilnya.
Gambar di atas adalah gambar setelah saya bedah tikus tersebut. Cukuplah satu sahaja, saya tak mahu ada yang geli muntah depan blog saya ni. Maaf la jika agak buruk dan tak tersusun. Dan maafkan juga sekiranya kelihatan kejam. Hanya ini yang termampu. Ini berkat kerjasama dengan rakan-rakan saya. Terima kasih Ya Allah kerana beri peluang buatku untuk mempelajari ilmu-Mu yang sangat luas. Alhamdulillah.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


5 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

AenyAzrie© said...

Chomell :)

Saif As-Solihin said...

owh... ni mesti nak ckp tikus tu comel kan...? kan kan...? :D

fafa said...

sem bape yg kena bedah tikus neh?

Saif As-Solihin said...

sem 2 bagi Program Satu Tahun, sem 4 bagi Program Dua Tahun.

Anonymous said...

bedah sorang-sorang ke atau berkumpulan?