Saturday, March 9, 2013

Buatmu Wanita : Handsock dan Stokin


Assalamualaikum semua. Semoga sihat sahaja. Lama kita tak bersua ya, maaf kerana kekangan masa dan penuh dengan tugas lain. Baiklah, tanpa membuang masa, saya terus ke cerita kita kali ni. Saya saja kali ni nak menulis entry buat para wanita, perempuan, kaum Hawa dan yang sewaktu dengannya. Yang lelaki kalau nak baca tak mengapa untuk menambah ilmu supaya dapat disampaikan kepada isteri ke, rakan perempuan ke, saudara dan sebagainya. Dalam 'Buatmu Wanita' kali ini, saya ingin menyentuh mengenai handsock dan stokin untuk para muslimah, para wanita di luar sana.


Mungkin barang kali dua benda ni agak sinonim dengan anda wahai muslimah, dan mungkin juga agak janggal bagi anda. Tak mengapa, biar saya terang sedikit mengenai dua benda ni. Handsock tu kain yang dipakai di tangan anda untuk menutupi tangan anda sekiranya terdedah dengan orang ramai. Stokin ni pula semua dah sedia maklum, untuk tutup kaki anda, terutama jika memakai selipar, sandal, kasut.


Bagus kan?


Apa yang saya ingin ketengahkan pada kali ini ialah, apakah fungsi kedua-dua benda ini bagi anda. Untuk menutup aurat? Atau sekadar fesyen semata-mata? Atau mungkin juga kerana melihat orang lain pakai, so anda pun rasa anda PATUT pakai? Sepanjang pemerhatian saya, eh jap. Sebelum tu nak habaq awai-awai la, saya bukan saja-saja usha perempuan, tidak. Saya hanya suka perhatikan tingkah laku manusia. Lebih-lebih lagi cara pemakaian zaman sekarang ni.


Kadang saya tengok yang pakai handsock, ada yang muslimah walau baju dah cukup labuh menutupi hingga ke lengan, namun masih pula memakai handsock dan itu bagus kerana jika terselak kain tangan pun, handsock masih menutupi tangan mereka. Bagus yang itu, saya respect tersangat-sangat la kat depa sebab sanggup berlapis-lapis pakai di tangan tu. Tapi ada segelintir pula, pakai baju lengan pendek, dan pakai la handsock. Tapi yang kadangkala saya tak faham, handsock tu boleh dia tarik ke siku, dilipat, sampai terdedah lengan tu. Aikkkk, nak tutup aurat ke idok ni? Fening saya macam ni, fening. Macam tak ada fungsi pula handsock tu. -________-'

(Biar tebal asalkan tak nampak warna dan kulit kaki)


Dan banyak yang saya terlihat, ramai memakai tudung cantik lilit pusing-pusing, tangan tutup sampai ke lengan, tetapi pakai selipar dan tak berstokin. Terdedah la kaki tu. Eh hello, kaki tu pun aurat ya. Lain la kalau tak berkaki. Aurat kaki terdedah ni teramatlah ramai yang buat. Bukan nak mengata, bukan nak mengkritik tapi inilah hakikatnya (nak beringat sahaja, jangan marah ya).


 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur : 31)


Dan lagi satu, handsock dan stokin tu sebaiknya pakai yang tebal, yang tidak jarang, yang tidak menampakkan warna dan kulit anda. Harap ramai dapat perbetulkan ya. Pakailah handsock dan stokin dengan betul dan berhemah. Anda mampu mengubahnya. ^_^

Nota akhir:
#hanya sebagai peringatan bersama. Saya ni pun tak sempurna sangat pun, banyak silap di mana-mana. Tapi membantu rakan-rakan untuk muhasabah diri dan untuk kebaikan semua orang. Wallahua'lam.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


1 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

ZaloraTeamMY said...

Salam daripada Zalora Malaysia,

Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)