Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Gambar ni ambil di SINI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca, muslimin muslimat sekalian. Lama nampaknya kita tak bersua. Tup tup, sudah tiba pulak hari bersejarah bagi umat Islam. Eh, hari apa pula ya? Alhamdulillah, semestinya Hari Maulidur Rasul 1434H, iaitu hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW. 

Alhamdulillah, mari kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak mungkin, namun bukan hari ini sahaja ya. Hari Maulidur Rasul ini adalah untuk memperingati Nabi Muhammad, perjuangan baginda untuk Islam. Hari ini saya nak kongsikan cerita mengenai detik-detik terakhir sebelum kewafatan Rasulullah SAW yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Bagi yang sudah tahu atau sudah menontonnya, sama-samalah kita ingat semula. Moga kita dapat hayati kisah baginda ini, Insya Allah. 

Part 1
 

Part 2
 

Sayu rasanya apabila mendengarkan detik-detik kewafatan Rasulullah. Cintailah Rasulullah. Sayangilah Rasulullah. Betapa baginda sayangkan kita sebagai umatnya. Baginda sayangkan kita, tetapi bagaimana pula dengan kita? Sayangkah kita kepada baginda dan bagaimana cara kita sayangkan Nabi Muhammad SAW? Lazimilah dengan selawat ke atas Nabi dan hidupkan sunnah baginda. 

Mari berselawat ke atas Nabi. Jom, meh cepat.^_^

(ni selawat yang saya jumpa di internet)

 Salam Maulidur Rasul 1434H.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


0 orang telah menulis, anda bagaimana ?: