Saturday, December 15, 2012

Di Sebalik Pertemuan dan Perpisahan


Assalamualaikum tuan puan ibu bapa anak saudara saudari cikebum cikebum. Mari mari sini beli ini barang, manyak baru, fresh lagi tu. Eh sekejap, okay salah topik. HEHE.


Maaf, melalut sebentar tadi. Hari ni sebenarnya saya nak bercakap mengenai pertemuan dan perpisahan. Macam sedih kan bila baca tajuk kali ni? Ke anda ni tak ada perasaan? -___- Okay nak nangis sekejap kalau macam ni (PANG..!!) Seperti yang anda tahu, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga kita manusia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika anda nak katakan ianya lumrah kehidupan, saya katakan bahawa anda memang tepat.


Tapi dalam setiap pertemuan dan perpisahan, apa yang anda dapat daripada peristiwa tersebut? Kosong? Tak dapat apa-apa? Buang masa? Rugi sangat jika anda tak dapat apa-apa sepanjang pertemuan dan perpisahan itu.


Allah SWT hadirkan seseorang ke dalam hidup kita dan pergi dari hidup kita biasanya dalam dua bentuk situasi, iaitu sama ada kita dapat pengajaran dan manfaat daripada apa yang telah berlaku atau kita tak dapat apa-apa daripadanya. Maka, beruntunglah bagi mereka yang dapat pengajaran. Dengan pengajaran yang kita dapat, akan membuatkan diri kita menjadi semakin matang dalam menempuh kehidupan dan ujian Allah SWT di dunia.




Kadangkala Allah SWT beri kita kesempatan untuk mengenali insan yang muncul dalam hidup kita, kesempatan untuk belajar, atau pun berlaku sesuatu insiden, supaya kita mengambil ikhtibar dan pengajaran. Namun, kita sering kali akan lupa, alpa dan leka ketika bersama-sama, sehinggalah apabila Allah uji kita seperti terpaksa berjauhan dari keluarga acapkali kita terlalu rapat dengan mereka, berpisah dengan kawan yang sangat akrab, atau pun yang paling biasa adalah apabila berlakunya kematian, barulah kita akan teringat segala kenangan pahit manis masam masinnya (macam mana tu).


Tapi jangan itu sahaja yang diingat, yang paling penting ingatlah sekali nasihat, pemberian, peringatan yang pernah diberi dan sifat-sifat yang baik yang pernah ditunjukkan kepada kita. Hargainya dan beramal dengan amalan yang baik tu. Amal ya, kalau tak... (PANG..!!). Eh, gurau gurau. Jangan ambil hati, ambil jantung, limpa semua tu pun jangan. Tetapi terima kasih kerana sudi membaca.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


19 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Anonymous said...

selalu jugak drop by dekat page ni tapi tak komen pulak, most of your entry sangat menarik, beri kesedaran sikit org mcm saya ni,, :)

Saif As-Solihin said...

Wahai Anonymous yg dihormati, saya hanya mampu menulis je apa yg saya mahu orang tahu.. itu saje.. share apa yg patut..

Anonymous said...

'sampaikan lah walau sepotong ayat' itu yang saudara buat :)

Saif As-Solihin said...

Nampaknya begitulah. :)

Puteri said...

sedih baca entri ni..saya baru saja kehilangan seorg sahabat yg sy sayangi... sedih pedih dgn smua yg berlaku, dia khianati psahabatan kami dgn mbuka keaiban sy sdg sy menyimpan rapi sgala rahsianya... sy sedih di akhir perpisahan kami. kata-kata kesat yg dia lemparkan pada sy dgn nada yg bgtu kuat sekali.. sy tersentap..tp mgkn itulah yg perlu sy terima... di aibkan olh sahabat sendri.. di khianati..di hina... wallahualam..semoga dia bahagia dgn apa yg dia telah lakukan terhadap sy wlupun sy tdk tahu apa salah sy sehingga dia buat bgni :'(

Saif As-Solihin said...

ohh.. saya faham... memang sakit dan pedih bila diaibkan rakan sendiri... doakan semoga dia terbuka hati utk dtg minta maaf pd puteri ya.. semoga dia sedar akan salah dia... byk kan bersabar ye puteri...

Puteri said...

terima kasih harap dapat tambah entri lg bg menenagkan jiwa sy ni selain mgadu pdNya :'(

Saif As-Solihin said...

Puteri: Insya Allah. Terima kasih kerana sudi baca.. :D

Puteri said...

sama-sama :)

Saif As-Solihin said...

^_^

اسمي نور هذيقه said...

Assalammualaikum wbt, baca entry ni terus teringat masa malam sebelum pspm 2, sy kehilangan seorang datuk yg sangat penyayang..hanya Allah yang faham, macam mana nak jawab exam tu pada esk nya..

Saif As-Solihin said...

owh... takziah la ye.. saya faham, bukan senang kalau berlaku mcm tu.. lgi2 nk exam esoknya.. :(

اسمي نور هذيقه said...

tq.. terjadi masa kita nak berjuang.. so bnyk la dugaan nya...

Saif As-Solihin said...

Allah menguji hambaNya.. jadi, kuatkan semangat dan bersabar ye.

Nur Farhanah said...

nice entry.Hanah dah baca. :)

Saif As-Solihin said...

Terima kasih sudi baca...

Anonymous said...

La asistencia medica institucional durante toda,

cinonex coreyan said...

hapy bloging,team hijrah :)

http://www.cinonexcoreyan.com/

Saif As-Solihin said...

Alhamdulillah.. :D