Tuesday, November 13, 2012

Jauhi Makanan Syubhah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera ya semua. Hari ni saya ingin mengulas sedikit mengenai topik makanan syubhah. Tahu tak makanan syubhah tu apa ? Baiklah, maksud makanan tu kita semua sedia maklum ianya keperluan kita dalam kehidupan seharian untuk terus hidup. Namun, apa pula maksud syubhah. Syubhah tu maksudnya 'tidak jelas sama ada ianya halal atau haram'

Disenangkan cerita, makanan syubhah tu adalah makanan yang kita rasa ragu-ragu terhadapnya. Kita tak tahu makanan tu halal ke, atau pun haram. Kalau makanan itu halal, kita tahu ianya halal, jadi tiada masalah untuk memakannya. Begitu juga dengan makanan yang haram. Kalau makanan itu haram, kita tahu ianya haram, jadi kita pastinya akan mengelak dari mengambil atau memakan makanan tersebut. Namun, jika kita tak pasti halal haramnya makanan tu (makanan syubhah), sebaiknya kita tinggalkan saja makanan tersebut. Jauhi makanan tersebut. Ye la, kita sendiri tak tahu halal ke haram makanan tu.

Sebagai contoh, secara umumnya kita tahu daging khinzir itu haram. Namun, sejauh mana kita tahu jika itu adalah daging khinzir sekiranya daging itu dimasak dan disediakan di hadapan mata kita. Mungkin kita akan fikir, ni daging ayam ke, daging kambing ke, atau daging khinzir. Ragu-ragu, kan ? Situasi lain pula, jika tertera itu restoran orang bukan Islam, teruslah menjauhinya dan jika tertera itu restoran Islam, dan ada sijil halal JAKIM, jadi itu tak mengapa, kalau tak ada sijil halal JAKIM dan tak pasti halal ke tak (syubhah), jadi elak la ya.  

(Hiasan semata-mata)

Masyarakat kita sering kali beranggapan kalau daging khinzir, daging anjing itu haram. Ya, itu memang benar. Namun, daging haiwan lain yang halal pada mulanya, boleh juga jatuh hukum menjadi haram. Make a sense? Tak nampak lagi ? Baiklah, sebagai contoh nya ayam, kan halal tu. Tapi jika tidak disembelih dengan betul, ayam 'langgar' ke, bangkai ayam dan sebagainya SELAIN daripada disembelih, boleh jadi haram untuk di makan. Jadi, bila tak disembelih, dan dijual kepada pengguna, seperti bungkusan makanan di kedai-kedai, pasaraya, yang tiada logo halal atau tiada pengumuman mengenai halalnya makanan itu, dan merasa ragu-ragu terhadapnya, sebaiknya jangan beli, kerana diri sendiri tak yakin makanan itu halal ke haram. Ye tak ?

Terdapat juga hadis mengenai halal haram makanan dan juga syubhah, 

 “ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
(Gambar hiasan)

 Selain itu, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan itu semua boleh juga jadi haram. Secara umumnya, apa-apa sahaja makanan yang boleh memudaratkan kita, elakkan je la ya.

 Jadi, konklusinya, sebaiknya kita jauhi makanan syubhah demi kebaikan diri kita juga. Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu mengetahui makanan halal dan haram yang terkini dari semasa ke semasa dari pihak JAKIM. Wallahua'lam. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT, dan segala yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian kita pada kali ini.

*tegurlah saya jika ada sebarang salah faham di dalam perkongsian ni. Sama-sama kita belajar dan saling mengingati.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


5 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Fendy said...

tanx for the info....

Saif As-Solihin said...

Your welcome..

ridoma said...

sangat bermanfaat =)

Saif As-Solihin said...

:)

Anonymous said...

Herbalife syubhah tak? Ade halal jakim?