Thursday, November 22, 2012

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati 2012/2013




Assalamualaikum dan selamat sejahtera ye semua. Apa khabar? Harap sihat la ye. Baiklah, anda dah nampak kan gambar di atas ni? Saya baru dapat tahu mengenai program daripada sahabat saya. Inilah program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati untuk sesi 2012/2013 ni. Dengar ceritanya program kali ni bakal menjadi program yang ketiga program himpunan ini diadakan. (Kenapa la baru tahun ni saya tau?) -.-'

Ni program himpunan bagi remaja dan belia alumni program Anda Bijak jauhi Zina (ABJZ), yang dah dilaksanakan di seluruh Malaysia. Yang itu saya tak berapa faham sangat, tapi yang pasti program ni untuk peringkat remaja dan belia la. Himpunan ni juga menjemput beberapa artis, pertubuhan mahasiswa dan beberapa badan-badan lain bagi menyambut tahun baru secara sihat.

Himpunan ni akan diadakan 31 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013 (selama dua hari la senang cerita). Program ni bakal diadakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Alhamdulillah, saya sudah daftar dah. Anda bila lagi? Teringin nak join, jangan tunggu lama-lama, daftar je terus. Ye la, program baik kan, tak perlu tangguh-tangguh kalau teringin. Harap-harap hari tu nanti segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah buat semua. Jika masih ada kekosongan tempat untuk ada daftar, rezeki anda la tu.


So, tunggu apa lagi, meh sini join. Pergi je ke website dekat bawah ni :-

http://www.raudhatussakinah.com/
                         atau
 http://www.1000jiwa1hati.com/2012/

Masih tak berapa faham? Anda boleh la baca dan check website yang dekat atas ni untuk sebarang maklumat lanjut. Semoga kita dapat manfaat daripada program seperti ini.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


5 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Aimi Syahirah said...

Salam. Wow superb blog!=) Jom support i dalam contest ni! Hadiah hebat menanti anda! http://www.aimisyahirah.com/2012/11/contest-my-top-referral-by-blog.html

Saif As-Solihin said...

owhh... okay... :)

_mujahidah ISLAM_ said...

teruskan usaha utk bdakwah ye? salam ukhuwah fillah,, :)

_mujahidah ISLAM_ said...

teruskan usaha utk berdakwah,,, salam ukhuwah fillah,, :)

Saif As-Solihin said...

In sha Allah.. Salam ukhuwah fillah juga.