Tuesday, November 27, 2012

Fenomena Angkat, Angkat, dan Angkat.


Assalamualaikum ya semua.Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ni. Jadi apa kata kita pergi terus kepada apa yang saya ingin katakan. Hari ini saya nak katakan mengenai Fenomena Angkat? Fenomena apa ni kan? Mesti ada yang tertanya-tanya, terpusing-pusing kepala memikirkannya, kan? Eh ye ke? Saya agak sahaja, janganlah dianggukkan pula kepala tu di depan skrin komputer tu ya. Hehe.


Baiklah fenomena yang saya maksudkan di sini adalah fenomena angkat mengangkat. Masih tak faham? Maksud saya, fenomena buat adik beradik angkat secara berleluasa. Kebanyakan orang terutamanya pelajar sekolah, remaja dan mungkin juga belia amat sinonim dengan fenomena ini.

(Astaghfirullah, mesra sungguh)

Yang si lelaki suka jadikan si perempuan sebagai adik angkat perempuan atau kakak angkat. Yang si perempuan pula suka jadikan si lelaki tu sebagai adik angkat lelaki atau abang angkat. Jarang sekali kita lihat orang jadikan adik beradik angkat sesama jantina. Selalu antara berlainan jantina, betul tak? (tapi tak semestinya sesama jantina tak ramai, ramai je). Namun, bukan niat songsang la ye.


Nak tunjuk kepada orang ke yang anda berdua nampak 'sweet sibling' dan rapat "well, like siblings?". Siap kadang kala bertepuk tampar, sentuh-menyentuh, pegang-memegang, tarik-menarik, tolak-menolak dan sambil menyatakan yang "Kami ni adik beradik angkat, so adik beradik tak kisah la kan?". Ya itu betul jika adik beradik kandung. Adik beradik kandung tak mengapa kalau nak berbuat begitu (pegang tangan), tapi bukan adik beradik angkat. Diulangi, bukan adik beradik angkat (errr, saya tak marah pun cuma nada tinggi sedikit).


Walaupun namanya adik beradik (angkat),  anda masih tiada pertalian darah yang sama dan ikatan yang sah antara adik beradik angkat. Jadi, hukumnya tetap sama iaitu haram bagi anda lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersentuhan apatah lagi bermain-main dengan perasaan (rindu tersangat-sangat kononnya). Jadi, masih dikira berdosa apabila bersentuhan tangan, bertepuk tampar, bermesra-mesraan sesama bukan adik beradik kandung terutama selepas baligh.

(berpegangan tangan bagi yang bukan mahram)
Tambahan lagi, antara adik beradik angkat berlainan jantina dan bukan mahram, anda mungkin akan jatuh cinta kepada adik beradik angkat anda seterusnya mungkin juga akan menaikkan nafsu syahwat antara lelaki dan perempuan. Tak risau ke jika syaitan berbisik kepada diri anda? Apabila syaitan berjaya membisikkan hati kita, kita kadang kala rapuh dan jatuh tersungkur dengan godaan nya, dan itu yang banyak berlakunya maksiat.


Istilah adik beradik angkat yang bukan mahram dan berlainan jantina ni boleh diibaratkan seperti 'couple' yang boleh menghampiri kepada maksiat dan zina. Jika 'couple' itu haram kerana menghampiri zina,  bagaimana pula dengan adik beradik angkat? Anda faham kan maksud saya? Sebaiknya mengelak daripada kita terjerumus ke dalam lembah maksiat. 'Better prevent than cure'. Namun, lain pula ceritanya jikalau adik beradik angkat sesama jantina, bagi saya itu lebih baik dan selamat kerana boleh merapatkan ukhuwah dan tidak timbul maksiat dan zina.


Anda kena ingat, dalam Islam tiada istilah adik beradik angkat sebenarnya (anak angkat ada la) dan Islam tidak menghalalkan cara. Jika ia halal, maka halallah ia. Jika ia haram, maka haramlah ia. Kita tidak berhak membuat hukum sendiri dengan menyatakan adik beradik angkat yang bukan mahram tu boleh saja bersentuh tangan. Jika pernah berlaku, biarkan ia berlalu sebagai masa lalu dan tanda penyesalan. Sekarang kita pandang ke hadapan, berubah dan bertaubat. InsyaAllah dengan izin-Nya sama-samalah kita berubah.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


13 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Aseraf Hilman said...

ohya haram ke tidak kalau ade adik/kakak angkt yg bkn mahram?

Saif As-Solihin said...

Nama pun bukan mahram kan..? selagi bukan mahram, rapat2, mesra2, bukankah itu mendekati maksiat dan zina..? Jika maksiat, anda boleh fikir sendiri baik ke buruk ada adik beradik angkat. Istilah adik beradik angkat berlainan jantina sama seperti couple. Jadi faham, kan...?

Cik Arina said...

Tulah zaman skang =,= ada juga yg memgang title mula2 angkat nty lama2 terangkat . ?!@#$%^&*

miszfazierra said...

dulu ade keluarga angkat sebab masa kecik2 dulu keluarga mak cik tu jaga fazie sejak kecik lagi. dah anggap dorang macam family sendiri. tapi baru tahu yang adk bradik angkat ni haram.. thanks for sharing :) May Allah bless you

Saif As-Solihin said...

Cik Arina: betul tu.. mula sibuk angkat, lama2 terangkat, kemudian sedih air mata darah pun tak boleh nak buat apa kan...

Saif As-Solihin said...

miszfazierra: saya tak kata adik beradik angkat ni haram. cuma perbuatan angkat mengangkat ni boleh menghampiri zina. well, paling mudah adalah zina hati. itu yg kita takutkan..

Cikgu Fikri said...

terbaik entry ni...
anda menggunakan blogging sbg medan dakwah...
dpt jugak fiq ilmu baru..
thanks.. :)

Saif As-Solihin said...

owhh.. saya hanya kongsikan sedikit ilmu yg saya tahu je. tak lebih dari tu.. masih banyak yang perlu dipelajari, ilmu Allah amat luas.

Anonymous said...

assalamualaikum.. hurm, tap kalau adk-bradik angkt tu sling mnasihati mcm mana pulak ? diaorang tak delah smpai brmesra tap suka bgi nasihat antra 1 sama lain.. still tak boleh ke ?

Saif As-Solihin said...

Sesungguhnya syaitan tu mmg licik, dia blh membolak balikkan perasaan orang dan hasut orang. Mula-mula kita rasa bagus nasihat2, tapi syaitan akak usik hati kita supaya lyn nafsu dan suka kt orang tu. Bukan senang nak lawan nafsu dan godaan syaitan..

Anonymous said...

Tahu, tak mengapa.

Syabil Johari said...

Nak tanya, kalau mengambil adik angkat yang sama jantina, tak mengapa ke?

Syabil Johari said...

Nak tanya, kalau ambil adik angkat yang sama jantina pula, tak mengapa ke?