Monday, November 19, 2012

Cinta Remaja Kita dan Cinta Remaja Palestin



Assalamualaikum semua. Zaman sekarang terlalu banyak ujian dan cabaran untuk ummat akhir zaman seperti kita semua ni. Salah satu cabaran yang kita boleh lihat adalah melihat telatah kebanyakan remaja kita di luar sana. Lebih-lebih lagi dalam bercinta.

Ya, bercinta. Itulah topik ingin saya katakan pada hari ni. Ramai di luar sana yang kita boleh lihat, remaja-remaja bercinta. Bercinta itu tidak salah, tapi perlu kena pada tempatnya, iaitu selepas kahwin. Baiklah, saya ingin katakan mengenai "Cinta Remaja Kita dan Cinta Remaja Palestin". Saya sengaja mengambil contoh remaja Palestin kerana ia lebih dekat dengan kita walhal mereka berada jauh dari negara. Itu betul, tapi merekalah saudara se-Islam dengan kita, jadi tak salah kan saya kata mereka seperti 'dekat' dengan kita.

(Remaja kita saling berdua-duaan)
Apa yang saya nak ketengahkan dalam isu ini adalah bahawa begitu bezanya antara cinta remaja kita dengan cinta remaja di Palestin itu. Kalau mengenai remaja kita, semua orang dah tahu kan memang bercinta dalam kalangan remaja kita sudah menjadi perkara biasa dan teramatlah biasa. Dan saya tak semestinya kata di Palestin, remaja di sana bercinta seperti kita. Mereka tiada masa untuk bercinta seperti kita.

Mereka tiada masa untuk melakukan perkara yang tak berfaedah seperti itu. Sesetengah remaja kita sanggup buat itu ini, malah apabila kecewa terhadap kekasih, sanggup memilih itu mengelar urat tangan, terjun bangunan, telan racun dan yang seumpamanya. Sesetengah remaja kita terlalu taksub dengan percintaan sehingga mata hati dapat dikaburi dengan mudahnya oleh Iblis laknatullah itu, sehingga membuatkan sesetengah remaja kita sanggup 'bergadai nyawa' untuk cinta yang tak berkesudahan itu dan akhirnya memilih jalan penyelesaian dengan membunuh diri yang mana kita tahu ianya amat dimurkai oleh Allah SWT.

Sedangkan remaja di Palestin bermati-matian, bergadai nyawa dan berjihad demi mempertahankan agama Islam yang suci dan juga tanah air mereka yang terus-menerus diancam oleh tentera Israel. Mereka sanggup syahid demi menegakkan agama Islam supaya tetap teguh. Cinta mereka terhadap Allah SWT tinggi. Tapi bagaimana pula kita? Jika tinggi, Alhamdulillah. Namun, bagaimana jika masih rendah?

(Pemuda Palestin gugur akibat serangan zionis di Gaza)
Jadi marilah kita sama-sama muhasabah dan memperbetulkan diri kita bersama-sama supaya menjadi teguh dan kental untuk berada di landasan agama Allah yang suci. Kita buat silap, ya semua orang pernah buat silap. Saya pun pernah buat salah dan silap. Tapi apa kata kita pilih jalan baru untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik supaya mendapat keredhaan Allah SWT. Marilah sama-sama kita perkuatkan agama Islam bermula dari dalam diri kita. In Shaa Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Allah akan mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tetapi kita perlulah berusaha memohon keampunan daripadaNya.

Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran:
 Maksudnya:
"Maka mengapa mereka  tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripadaNya? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Surah al-Maidah: 74)


Semoga perkongsian kita pada hari ini dapat diambil ikhtibar dan pengajaran kepada diri saya sendiri dan semua pembaca. In Sha Allah.
 


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


10 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

blog perantau said...

Perbezaan yang amat ketara. Nauzubillahiminzalik.

Saif As-Solihin said...

Yup... sangat ketara.

hawiz said...

besar perbezaannyer..hurmm..

Saif As-Solihin said...

tp itu la.. mengharapkan sama-sama dpt kembali berubah.. In Sha ALLAH, dengan izinNya.

MissUnknown said...

Boleh tak saya copy firman Allah di atas? :D

Saif As-Solihin said...

Boleh. Dipersilakan. :)

MissUnknown said...

Trima kaseh... :D

Saif As-Solihin said...

Sama-sama...

_mujahidah ISLAM_ said...

ya, betull. tdk mmpu utk mmbahas cinta dunia sedang cinta pada Allah dan RasulNya dikhuatiri masih lagi terumbang ambing. Allahurabbi.. T.T

Saif As-Solihin said...

Semoga kita sama2 dpt berusaha mencari cinta Allah dan RasulNya.