Monday, March 5, 2012

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK





 Assalamualaikum semua. Selamat pagi, petang, siang, malam. Okay, hari ni aku nak bercakap mengenai Sahabat. Well, korang semua mesti la ada sahabat kan ? Paling tidak pun, mesti ada seorang sahabat kan ? Kalau yang tak ada sahabat tu, it must be something goes wrong somewhere la tu. Semua orang ada kawan, semua orang ada sahabat.



Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni, apa yang korang semua faham mengenai PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK. Bagi aku la, dalam sebuah persahabatan tu, kita semua kenal sahabat kita macam mana, perangai dia, cara berbual dengan sahabat, tahu masalah sahabat kita dan bantu dia, senang cerita dalam semua aspek la. Sering membantu antara satu sama lain. Sahabat yang baik pulak, lebih mengenali kita macam mana, dapat tahan dengan perangai kita dan kawan kita, boleh bertolak ansur, dapat memaafkan bila ada salah faham dan kesalahan. Lebih kurang macam tu la. Namun, agak pilu apabila kita tersilap langkah dan terbuat sahabat kita kecewa terhadap kita.


Secara jujur, aku memang pernah mengecewakan sahabatku. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi. Tapi apakan daya, nasi dah menjadi bubur, takkan pernah dapat kembalikan semula bubur tu untuk menjadi nasi semula. Begitulah apa yang terjadi pada aku sekarang. Namun, aku redha dengan ketentuan-Nya. Apa yang berlaku pada aku tu, tak penting la, biar aku je yang tahu.
 

 
Mungkin juga ada hikmah disebaliknya. Okay, selepas ni aku akan lebih mengutamakan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik ini.
1) Setia dalam persahabatan.
2) Boleh dipercayai.
3) Hormat sahabat.
4) Terima sahabat kita tanpa syarat.


Itu hanya beberapa sahaja. Yang lain, korang pun boleh fikir sendiri kot. Kita kena lebih menghargai sahabat
yang kita miliki sekarang ini, jangan sampai di kemudian hari, kita menyesal, macam aku la. Aku bagi tau ni untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri. Harap kita boleh jadi seseorang yang terbaik untuk sahabat kita.



Okay, aku baru terjumpa satu video ni dekat Youtube, saja nak kongsikan dengan korang. Harap korang dapat menghayatinya.

Sebetulnya, aku rasa sebak je bila tengok video ni, entah la. :(

Aku suka hadis yang diorang bagi tau dlm video ni:

 Bahawa Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya: Tidak sempurna iman seseorang sehinggakan kamu menyayangi sahabatmu seperti mana kamu menyayangi dirimu.


Nota  akhir: 
Bersahabatlah kerana Allah, barulah kita dapat rasa kemanisan dalam persahabatan. Wallahualam. :)


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


2 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Monshi said...

sangat bagus artikel ni. saya post dalam blog saya jugak untuk peringatan pada kawan kawan saya dan saya sendiri.

Saiful Zaini said...

dialu-alukan... :)