Sunday, May 8, 2011

Dapat IPTA ke..??


Hai kawan-kawan... Lama pulak tak update. Aku sibuk beberapa hari ni, tu yang tak dapat nak update sangat. Lepas ni mungkin akan sibuk lagi. Okey, korang semua tau kan yang 6 mei yang lepas, pada pukul 12 tengah hari, semakan keputusan UPU dah keluar. Jadi aku bukak la internet nak check. perrggghhh, punya lah lambat gila website untuk UPU ni. Asyik kena try again je. Menyirap je. Tapi kena sabar la, biasa la baru bukak semakan, memang lambat la kan.

Selepas beberapa kali aku cuba untuk check, akhirnya dapat juga buka website nya. Then, tengok-tengok, AKU TAK DAPAT IPTA pun.

Sedih sangat. Tipu la kalau aku kata tak sedih. Memang sedih dan kecewa gila la sebab tak dapat IPTA tu. Ye la, aku tunggu punya tunggu setiap hari semata-mata untuk tau tawaran UPU ni, tapi pada akhirnya, aku tak dapat. So, dah tak dapat, kena buat rayuan la. Tapi nak menunggu tawaran rayuan tu, bila pulak nak keluar. Nanti tengok-tengok, tak dapat jugak. Pergggh, lagi tak tahan la cam tu. Tak nak mengharap lagi.

So, aku fikir, better aku pilih tawaran yang aku sedia dapat je la, iaitu Matrikulasi dan Kolej Poly-tech MARA.


Matrikulasi Sains untuk dua tahun. Pelik..?? So what..?? HAHA.


Yang inilah KPTM punya. Dapat bisnes, tapi tak tau la nak ke tak.

Aku tak tau nak pilih mana satu antara Matrikulasi atau KPTM ni. Mengenai Matrikulasi tu, aku ada cerita sekali dekat SINI. Aku nak bisnes tapi pada masa yang sama, terasa nak sains jugak. Aku jadi pening dah. Parent aku hendak aku pilih matrikulasi sains tu. Hati aku jadi berbelah bahagi la sekarang. Tapi aku rasa nak masuk MATRIKULASI la.

Pendapat korang la kan, kalau aku masuk Matrikulasi (program dua tahun) ni, bagus atau tak..?? Atau pun KTPM yang bagus. Bagi pendapat atau sebarang pengalaman sedikit.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


27 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

Azri Fathurrahman said...

sama lah aku tak dapat upu gak dulu . malas aku nak buat rayuan , terus aku buat pilihan pegi matrik . aku sokong kau pegi matrik . :D

BoLong aNak sempoRna said...

nak tanya pendapat kitaorang yang dah masuk IPT nie..bagi saya better masuk FORM SIX jer la... senang sikit... sama jer dgn matrikulasi 2 tahun... tapi, bila adik dapat poly-tech mara... tak perlu la... bazir masa dan duit jer...


Better masuk tingkatan 6 kalau masih berminat nak sekolah... ataupun matrikulasi jika berminat nak menjinak2 kan diri dalam pra-Universiti... sekian..

nak tips lagi... sms jer 0132127513...

~bolong,MPPUUM 11/12~

Saiful Samson said...

Azri Fathurrahman: owwhh.. ye ke dulu ko pun xdpt upu..?? okey.. thank support...

Saiful Samson said...

BoLong aNak sempoRna: owwhhh... poly-tech tu fikir2 pun, mmg abis kan duit n masa je...

form 6 tu saya mcm xnk, sebab saya rasa nak elak dengan sekolah dah... so, kira nya matrik je la kot.. btw, thanks sudi bg pendapat...

*tak boleh blar siap bg no. haha..

SyahmiFikri said...

ok jer.. its up to u la..
wuts ur goal actually.. kalu masuk matriks ..
INGAT!! jangan leka ikot orang lain..
be urself.. usaha usaha usaha..
i.allah rezeki dimana2 jer..

Saiful Samson said...

owhhh... okey...thanks...
:)

si skru™ said...

ok2..meh nk nyibuk jap..
skru ni matrik 2 thun jugak..
tp 23mei ni smbung yg sethun plak..
dlu skru pun taknak matrik 2thun nie..
tp lpas msuk ..ok je..sng nk catch-up..bnyak kelebihan matrik 2thun nie...
law da pape nak tnye..g la kat shoutmix skru...ok..?

Saiful Zaini said...

ohhh... mmg byk kelebihan ek..???okey...

Datin Anabieyla Idrissi said...

baik amik matrik..jimat mase.. then,struggle untuk 2 tahun..bagus laa tu.. pelik jugak eh, matrik dpt, u xdpt.. ^__^..btw, all the best.. kalau btol2 daa tekad nak bisnes, baik amik KTPM.. xpyh buang mse study subjek sains..:) *macam bagi ceramah laa pulak..:P

Saiful Zaini said...

ohhh... tu la.. pelik kan..?? dpt matrik, U xdpt plak... takpe la.. saya rasa saya mmg nak sains...

Azlan The Type Writer said...

matrik dapat, u tak dapat...
tapi i dapat...
hahahahaha~~
tak heran la...
kawan aku yg 6,7,8 As pon ada yang kes macam ni...
last² masuk KMK....
nasihat aku dah bagi banyak kan...
hahahahaha...
nanti aku nak share cerita, bagi ko bace lak.

Saiful Zaini said...

owhhh... ramai ek..??? tak boleh ape la... dh ramai sgt, tengok nasib la dpt ke x... tu je..

sham nordin said...

salam saiful...

better masuk matrik sains... bila dah setel matrik sains tuh boleh proceed gi degree... mcm2 degree boleh amik dalam jurusan sains... kalo minat bisnes & plan nak bukak bisnes satu hari nanti, tak perlu ada degree in business pun...

SyedGraphiX said...

kalau dah dapat matrik mmg tak dpat UPU,

Saiful Zaini said...

sham nordin: a'ah ye.. betul jugak tu... takpe, mmg nk amik matrik pun ni..

Saiful Zaini said...

syedgraphix: ye ke cam tu...?? xtau plak aku..

jia said...

masuk matrik lah.. ;)

SheyaZint said...

Aku pun dpt Matrik Selangor , jumpa kat sana ! bhahaha . Weyh kau buat rayuan tk upu ?

Saiful Zaini said...

jia: mmg nak masuk matrik pun dah ni...

Saiful Zaini said...

sheyazint: ye ke..?? okey, jumpa dekat sana.... btw, aku x buat rayuan upu pun.. sbb kalau aku terima matrik, rayuan tu automatik ditolak..

fairuz said...

salam.. jumpa blog ni plak..

dah pilih belum? matrix atau polytech?

cadangkn masuk matrix. klu saiful ada minat nk blaja btl2..

Saiful Zaini said...

yeah... saya masuk matrik.. tgh prepare la ni..

FARAH said...

sy nak tanya awk dulu upu pilih bidang apa ye? sains ke....

rabiatul said...

mcm mne awk dh msk matrik ok x..sy dpt 2thn jgk

Saif As-Solihin said...

farah: saya dulu ade minx sains, bisnes.. teknologi makanan, tapi tak dpt pun...

Saif As-Solihin said...

rabiatul: okay je... best.. kalau awak masuk, dialu-alukan.. :)

Amir Awang said...

good luck :)