Friday, February 18, 2011

Lelaki Bersubang ?





Lelaki Bersubang..????

Mesti korang semua tak pelik je kan dengan tajuk kali ni. Ye la, kalau nak diikutkan, mana-mana je kita pergi mesti ada nampak orang pakai subang. Kebiasaannya perempuan la kan. Tak hairan la kan. Tapi kalau tengok ada orang lelaki pakai subang pun korang semua rasa tak hairan gak kan. Maybe dah jadi budaya kot, yang itu aku tak tau la. Tapi teruk la. Lelaki siap pakai subang. Apa dah jadi tu ? Lelaki mana la boleh pakai subang. Dah menyerupai perempuan dah tu.

Kalau lelaki dah menyerupai perempuan dengan sampai pakai subang segala tu, kan dah salah disisi hukum Islam. HARAM tu bagi orang lelaki yang beragama Islam untuk pakai subang. Tapi tu la, tak tau la kenapa dorang lelaki-lelaki yang pakai subang tu, sibuk sangat nak pakai subang.

Apa ?? Sebab dah menjadi trend atau budaya barat. ohh... Kalau dah jadi trend, kena ikut la ye, macam tu ?? Adoyai, buat apa la nak sibuk diikut-ikut pakai subang tu (bagi yang lelaki). Secara jujur la bagi aku, aku menyampah je tengok lelaki pakai subang-subang ni. Bukan smart pun pakai subang tu. Bukan bertambah hensem pun. Buruk kan rupa lagi ada la. Dah macam perempuan dah aku tengok.

Dalam hadis pun ada menyebut mengenai lelaki menyerupai wanita.



عن إبن عباس رضي الله عنهما قال: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المخنثين من الرجال
والمترجلات من النساء ؛ وفي رواية: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال
(بالنساء والمتشبهات بالنساء من الرجال (رواه البخاري

Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).



Oleh itu adalah haram bagi lelaki memakai subang kerana ia dikira menyerupai wanita. Even dalam bentuk-bentuk tertentu subang yang dipakai oleh lelaki tidak dapat mengecualikannya daripada dikira menyerupai wanita.

Lagi satu kan, apa tanda nya pakai subang tu ? Yang aku dengar-dengar la kan, lelaki kalau yang pakai subang sebelah tu, orang cakap itu homoseks..??? Betul ke..?? Entah. Itu aku tak tau. Dengar-dengar orang cakap je. Aku tak berani nak pastikan hal tu.

Berdosa la kan kalau lakukan benda yang HARAM ni. Semua orang tau kan pasal tu. Dan satu hal lagi, yang aku tau, lelaki yang bersubang ni tak boleh jadi wali untuk anaknya yang hendak menikah nanti.

So, insaf-insafkanlah diri tu. Masih tak terlambat. Minta maaf la kalau aku ada terkasar bahasa. Aku hanya ingin berkongsi maklumat je. Jika ada sebarang kesalahan, bagi tau la ye. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa.



For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


2 orang telah menulis, anda bagaimana ?:

gEe said...

mmg nmpk cam gay pun klau laki pkai subang. hnsem jauh skali..

Saiful Zaini said...

btul tuh... x nmpak cool pown pakai subang..