Sunday, February 9, 2014

Makan di Chop n Steak


Assalamualaikum yaww, lama giler tak bersua kan. Dah dekat satu semester aku tak meng-update blog ni. Now I'm coming back kay. So, dah dah, jangan rindu aku sangat. HAHA. (*okay syok sendiri). =.='

Okay masa cuti-cuti semester ni, well baru-baru ni hari jumaat lepas, aku dengan kawan-kawan matrik dan kawan yang baru aku kenal, pergi makan dekat satu restoran ni dekat area Kampung Baru. Tau tak Kampung Baru? Pergi Google Maps sat ye. Haha. Nama restoran tu tak silap aku Chop n Steak. Haaa, bila baca nama restoran tu korang confirm dah boleh agak kan apa sajian makanan nya? Chicken Chop, Steak and whatever la yang kena mengena dengan Western Food la, tapi tak la kata everything tu Western Food.

Aku makan Morocco Chicken Rice ni haaa, Kena cari nasi gak weh, aku ni orang Malaysia, tak boleh nak tinggalkan nasi. Hehe.


Yang ni pulak kawan-kawan aku order. Agak-agak kalau tengok macam terliur je, pergi la makan. Senang, habis cerita. Hehe.





Restoran ni dalam area Kampung Baru. Masa aku nak bayar dekat kaunter cashier, aku baru perasan, restoran tu dah pernah dikunjungi oleh 'Jalan-Jalan Cari Makan'. Well, have a great time with my friends before everyone getting back to their university.


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150


Monday, August 19, 2013

Video : Lu Kompem Masuk Syurga Ka?!



Assalamualaikum wahai pembaca setia blog ini. (bajet orang nak baca sangat blog aku ni). Zaman sekarang ni kan, masyarakat kita ni suka bergaduh, suka menjadikan sesuatu perkara tu sehingga menjadi isu yang besar, walhal kadangkala perkara itu betul.


Tetapi, itu laaa, perkara yang salah tetapi dianggap biasa, tak pula nak diper-isu-kan. By the way, kali ni aku nak kongsikan video terbaru dari MrTheAllShared : Lu Kompem Masuk Syurga Ka?! .


Mesti pembaca semua memang dah biasa dengar mengenai isu-isu ni, so jom tonton dan fikirkan sejenak dua jenak ya. Ambil mesej yang cuba diketengahkan dalam video kali ni. Banyak pengajarannya. So, what are you waiting for? Tekan ler video di bawah itu ya.



Kalau tak nampak, tekan fullscreen dekat tepi video tu


For lose weight, gain weight, improve health, improve skin, and business opportunity,
contact me 0173615150